Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
Semoga diampunkan segala dosa yang membelenggu diri ini kerana mengabaikan amanah yang diberi..
sungguh Allah Maha Pengampun..
........Setelah hampir setahun ditarbiyah..aku semakin mengerti bahawa hidup ini sememangnya SANGAT MEMERLUKAN TARBIYAH.
TANPA TARBIYAH, tak terbayang bagaimana kehidupan ini harus aku jalani.. TANPA TARBIYAH hidup umpama tin kosong.. sangat mudah berkarat.. dibuang ke mana-mana.. hanya ditemani hujan dan panasnya mentari di siang hari..
Firman Allah SWT :
" Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan." (59:18)
Di jalan ini, aku mulai melihat apa yang perlu dibuat untuk hari esok.. aku mula memperbaiki mana yang perlu.. di top up segala kekurangan.. dengan harapan Dia redha terhadap diri ini..
Firman Allah SWT :
"Katakanlah (Muhammad), 'Wahai hamba-hamba-Ku yang beriman! Bertakwalah kepada Tuhanmu.'Bagi orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu luas. Hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa batas. (39:10)
Di jalan ini lah KESABARAN SANGAT-SANGAT DIPERLUKAN.. pahit suka duka mahupun manis.. segala macam perasa yang ada.. tidak mungkin dapat ditempuh begitu sahaja.. ada kesabaran disebalik semuanya.. ada kisah di setiap perjalanan.. ada tawa dalam sakit yang menduga.. ada bahagia dalam hangatnya ukhuwah.. ADA ALLAH MENEMANI SETIAP SAAT YANG TERUS BERLALU..
Firman Allah SWT :
" Bukankah Dia (Allah) yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepada-Nya, dan menghilangkan kesusahan dan menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah (pemimpin) di bumi? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Sedikit sekali (nikmat Allah) yang kamu ingat.
(27:62)
Bila diri diuji.. hanya Dia tempat meminta.. tiada yang lebih layak selain Dia.. dan Dia tidak pernah mengecewakan harapan seorang hamba.. Dia akan terus memberi harapan kepada hamba-Nya.. sungguh kasih sayang-Nya melebihi kemurkaan-Nya..
Sangat sedikit kita bersyukur.. sangat sedikit sekali kita mengingat.. sangat sedikit berterima kasih..sangat sedikit.. sangat sedikit.. maksiat pula yang sengat banyak.. terlalu banyak kita meminta.. moga Dia mengampunkan kesalahan kita di masa lalu dan di masa akan datang.. semoga diri akan terus tetap di jalan ini.. :(
Salam Mujahadah!!
Followers
Thursday, 13 December 2012
Wednesday, 12 September 2012
Sahabat, aku bersama mu..
Dengan nama Allah
Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Insyallah, perkongsian kali ini sebuah cerita.. jom baca! ;)
Lagu Maher Zain, Open Your Eyes berkumandang di subuh hari .
Bunyi yang menandakan ada mesej baru yang diterima.
"Entah-entah urgent kot. " desis hatinya. Lalu dia
segera membaca mesej tersebut.
"hah????, biar
betul ni! Apa?? hmm, biar lah dulu.
"
Aisyah lantas bangun
dan mengambil wuduk. Solat subuh selesai ditunaikan, kini dia membaca
al-mathurat pula, seperti hari-hari sebelumnya.
"….Ya Allah,
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu,
bertemu untuk mematuhi perintah-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati
ini telah mengikat janji setia untuk menyokong dan mendaulatkan syariat-Mu,
maka eratkanlah akan ikatannya, kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini akan
jalannya yang sebenar, penuhkan piala hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu
yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman dan
keyakinan serta keindahan tawakal kepada-Mu, suburkan hati-hati ini dengan
pengetahuan-Mu, jika Engkau takdirkan kami mati, maka matikanlah pemilik
hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah
sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah restuilah junjungan
kami, Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat Baginda semuanya. Juga
berikanlah kesejahteraan kepada mereka sebanyak-banyaknya. Amin.."
Selesai membaca doa,
Aisyah lantas bangun dan mencapai handphone
di atas katil. Dia merasa
seolah-olah sedang
bermimpi tentang mesej yang dibaca tadi. Dengan rasa berdebar-debar, dia
membuka ruangan Inbox.
Aisyah masih seperti
tidak percaya tentang kandungan mesej itu. Dia
terkedu buat seketika. Tidak ada ucapan yang keluar dari bibirnya,tidak
ada sepatah pun yang muncul. Dia membaca mesej itu berkali-kali. Tetapi dia
hampa kerana tidak ada satu pun perkataan di dalam mesej tersebut yang berubah.
Jujurnya Aisyah
terkejut. Dia tidak pernah menyangka apa yang pernah dia fikirkan dahulu telah
terjadi hari ini.
"Apa salahku?
Kenapa dia berkata seperti itu? Bukankah
kami pernah bersama-sama di jalan ini. Menempuh dugaan bersama. Tak mungkin dia
dah lupa kot?"
Aisyah mengambil
masa yang agak lama untuk membalas mesej itu. Dia tidak tahu apa yang harus dia
katakan. Takut tersilap bahasa nanti lain pula jadinya. Tapi digagahi juga
jarinya untuk terus menaip kata demi kata, hanya Allah saja yang tahu betapa
sedih hatinya saat itu. Air matanya hampir saja membasahi pipinya, namun dikuatkan semangatnya
menghadapi apa yang terjadi.
……………………………………..
" Sahabat,
andai saja kau tahu bahawa aku rindu pada mu, sudah lama kita tidak bersua,
rindu ini kian menghimpit lebih-lebih lagi setelah kau hantar mesej itu, hmm
mengapa? Ingin aku bertanya, tapi tak terdaya, tidak kuat kudratku apa lagi
jiwaku, takut kau terguris hati, takut kau menyalah erti maksudku. Aku ingin
bertemu dengan mu wahai sahabat.."
Pagi itu aisyah
merasakan semua tak kena. Resah dan gelisah. Tapi dia sedar itulah ujian Allah,
dia yakin Allah sedang menguji mereka berdua.
Ya Allah,
tunjukkanlah aku jalan.. Berikan kekuatan buat aku dan sahabat ku dalam
mengharungi setiap apa yang takdirkan buat kami..sesungguhnya aku sedar ini
semua tidak lain adalah ujian -Mu.. Untuk melihat sejauh mana diri ini ikhlas
sejauh mana diri ini dapat bertahan dalam jalan penuh dugaan ini..
Jika itu yang dia
mahu, aku mohon Ya Allah agar Engkau tunjukkan jalan buat dia, kembalikan dia
ke jalan ini..kembalikan dia sebagai pejuang-Mu.. Hanya kepada-Mu aku berdoa..
Sesungguhnya ketentuan-Mu itulah yang terbaik..
" aku mesti
jumpa dia hari ni!"
Aisyah segera ke
bilik rakannya itu untuk meminta penjelasan. Dengan hati yang sedih dia tidak
mahu menunggu lagi, kerana dia harus mendapatkan jawapannya.
"Assalammualaikum..Ana..??"
salam dihulur sebaik saja sampai di pintu bilik Ana. Hatinya berdebar-debar.
"Waalaikumsalam..eh,
kau Aisyah. Ada apa kau datang ni? Pasal mesej tu ke?" Ana terkejut
melihat kelibat Aisyah yang sememangnya tidak dia jangka akan datang ke
biliknya, walaupun dia tahu mereka sering
belajar bersama di biliknya.
"Boleh aku
masuk ke Ana?"
"Ada ape ek
Aisyah? Aku ada hal kejap lagi ni, kita cakap kat sini ja la ya?"
"Baiklah, emm,
aku datang ni nak tanya kau pasal mesej tempoh hari. Kenapa kau cakap macam tu
ek? Kau tak nak aku jadi kawan kau dah?
Bukankah kita dah lama berkawan, takkan kerana perubahan aku ni buat kau tak
nak kawan dengan aku?" berdebar hatinya menunngu reaksi Ana.
"hm, macam ni
la Aisyah. Kau dan aku sekarang dah jauh berbeza. Kita dah tak sehaluan lagi.
Kau dah pilih jalan tu, aku dah tak boleh nak kata apa. Pemikiran kita pun dah
tak sama. Aku masih aku, tapi kau macam bukan lagi Aisyah yang aku kenal selama
kita berkawan. Jadi aku harap kau faham apa maksud aku, k."
Suasana sepi buat
seketika masing-masing diam tanpa kata. Kelihatan air mata Aisyah tidak sabar
lagi untuk jatuh, dia sudah tidak terdaya menahan rasa sedihnya. Ana hanya
mampu melihat dan tak mampu berkata apa-apa.
"Ana, kau
malukah punya kawan seperti aku? Malukah kau pada penampilan yang aku pilih ni?
Malu kah kau dengan sifatku ini. Ya aku telah berubah, aku tahu itu. Mungkin
sudah terlalu jauh dari diri ku yang lalu, jauh dari Aisyah yang kau kenal dari
bangku sekolah lagi. Tapi, aku tak rasa perubahan ini menjejaskan persahabatan
kita. Kau masih lagi sahabat baik aku. Aku mohon Ana, jangan malu pada aku.
Tapi malu pada Allah, kerana aku manusia biasa seperti kau, aku hanya hamba
kepada Tuhan ku, aku juga hina kerana dosaku, yang tak terhitung banyaknya
salah ku di masa lalu." air matanya jatuh berderai. Mengharapkan Ana agar
memahami maksud ucapannya itu.
" Sudah. Cukup
Aisyah. Tak perlu kau bahas panjang lebar kat sini. Kau dengan pilihan kau, aku
dengan pilihan aku. Aku tahu apa aku buat. Kita bukan budak kecil lagi.
Masing-masing punya pilihan sendiri. Kau sudah memilih dan aku juga memilih.
Dan ternyata pilihan kita berbeza. Dah lah, aku ada hal nak buat, k.
Assalamualaikum." Ana berlalu pergi dan pintu biliknya ditutup rapat.
Hanya Allah yang
tahu saat ini hati Aisyah sedih
memikirkan sahabatnya itu. Beberapa saat dia terkedu di depan pintu bilik Ana,
lalu dia pergi membawa diri yang pasrah. Itukah jawapannya? Hanya kerana
pilihan aku, dia sudah tidak mahu berkawan dengan ku? Salahkah aku Ya Allah?
Air matanya begitu murah saat itu.
…………………………………………….
Sampai dibiliknya,
Aisyah mendirikan solat sunat taubat. Selesai solat dia mengubat hatinya dengan
membaca ayat Al-Quran.
' Ya Allah ini
memang jalan yang aku pilih. Aku tidak ingin kembali ke masa lalu ku. Masa yang
aku sia-siakan begitu sahaja, aku tidak mahu kembali kepada hidupku yang dulu,
hidup yang aku penuhi dengan hanya bergembira tak kira masa, duit aku habiskan
untuk menonton wayang, membeli benda
yang tak berfaedah. Hidupku dulu tidak menjaga ikhtilat antara lelaki dan
perempuan. Itulah hidup yang aku mahu tinggalkan Ya Allah..bantu hamba-Mu ini
untuk mencari reda-Mu.. Bantu sahabat ku juga Ya Allah.. Berikan mereka hidayah
dan taufik-Mu.. Aku ingin mereka merasakan betapa indahnya hidup ini bertemankan reda-Mu, betapa bahagianya
perasaan saat dapat sujud kepada-Mu, betapa gembira jika dapat berbakti dalam
agama-Mu.. Andai dapat ku kongsikan perasaan ini, andai dapatku berikan
perasaan ini.. Sudah pasti akan aku hadiahkan kepada mereka.. Namun ianya tidak
dapat aku gambarkan dengan kata-kata.. Ketenangan yang dirasa tidak mampu ku olah
dengan kata-kata.. Semoga suatu hari nanti jalan ini akan menjadi pilihan
sabahat ku jua.. Semoga syurga-Nya menjadi tempat kami ditemukan..'
"Ana..semoga
jalan yang kau pilih juga membawa kita ke syurga-Nya suatu hari nanti.. Aku
akan sentiasa bersama mu.."
- The End
Tuesday, 10 July 2012
MAAF..
Dengan nama Allah
Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Sahabat,
Telah lama kita
tidak bersua.. Hilang tenggelam dimamah waktu..
Diri ini berharap
engkau sentiasa sihat dan kuat menjalani kehidupan..
Walau engkau dan aku
telah lama tidak bertemu dek kesibukan dunia yang menghimpit,
Namun aku tahu
tersimpan rasa rindu pada ukhuwwah yang telah kita bina sekian lama..
Sahabat,
Bukankah ucapan
'kawan selamanya' sering kita ungkapi bersama..
Bukankah kau sering
bersamaku melayari kehidupan penuh gelora ini..
Apa lupakah kau akan
kata-kata kita yang mahu berkawan hingga
ke akhirat yang abadi..
Atau akukah yang
telah melupakannya???
Begitu mudah sekali
aku melupakan..
Sahabat,
Teringat saat kita
ketawa menangis bersama..
Teringat saat
mencapai kejayaan berdua..
Teringat saat
pertelingkahan yang kadang kala datang
menguji persahabatan kita..
Teringat saat
pergaduhan terjadi tanda lemahnya kita sebagai manusia..
Namun itu semua
telah menjadi sejarah..
Sejarah yang
mengajar kita erti sebuah ketentuan..
Erti pengorbanan,
kesetiaan, dan kejujuran..
Sahabat,
Kau antara anugerah
yang bernilai..
Kau hadir mewarnai
dan menghiasi kisah hidupku..
Kau manis dalam
pahit yang kurasa..
Kau tersenyum tika
dugaan melanda mu..
Membiarkan aku
tertipu kerana keceriaan wajahmu yang menyimpan seribu satu kisah..
Sahabat,
MAAF..dari diri
ini..
MAAF atas segala
kesulitan yang kau hadapi kerana aku..
MAAF kerana tak tahu
menghiburkan hati mu sebagaimana kau menceriakan hari ku..
MAAF kerana selalu
menyakiti hati mu..
Tanpa segan dan silu
aku terus melukakan perasaan mu..
MAAF, MAAF, MAAF…
Sahabat,
Andai takdir aku
mendahului diri mu..
Tolong.. Tolong
jangan ditangisi pemergian ku..
Kerana aku bukan
siapa-siapa..
Jangan tangisi..
Kerana aku malu..
Aku malu dengan
kehidupan yang aku sia-siakan..
Aku hina..Hina
dengan dosa ku..
Sahabat,
Simpan air mata mu..
Simpan ia buat insan
mulia..
Biarlah air mata mu
membasahi pipi mu..
Kerana mengingati
Rasulullah..
Biarlah air mata
mu.. Jatuh kerana mengingati perjuangan baginda..
biarlah air mata mu
saksi..
Kepada rasa rindu
dalam dada mu,
Kepada Insan
bergelar Rasulullah..
Bukan buat insan
seperti aku..
Yang bergelumang
dengan dosa..
Yang SERING
KALI melupakan janji-janji ku..
MAAFKAN DIRI INI..
Thursday, 14 June 2012
TANYA IMAN MU.
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
jom speaking sikit, =), sikit je ye.=)
alarm clocks,
are only a means,
what really
wakes you up
for SOLAT SUBUH
is your IMAN!
semoga perkongsian kali ini bermanfaat buat diri ini dan yang membaca.
Alhamdulillah.. perjalanan yang ditempuh demi mencari keredhaan-Nya tidak akan pernah ada perkataan KECEWA.. sebaliknya kebahagian datang bertandang sebelum, semasa dan selepas perjalanan.. sepanjang perjalanan ke ranau, tiada yang lebih membahagiakan selain melihat KEBESARAN CIPTAAN-NYA.. Subhanallah.. segala puji hanya bagi Allah..=)
iman, iman, iman, kali ni bukan nak cakap pasal iman kat sebelah rumah, atau kawan sekelas, atau sesiapa pun yang bernama iman. tapi ingin berbicara soal NIKMAT IMAN yang dianugerahkan olah Allah..
rata-rata orang apabila ditanya, tentang sesuatu. mereka menjawab, tepuk dada tanya selera. hmm. masalahnya, apabila kita tepuk dada tanya selera, semua benda pun nak bedal. semua benda pun nak buat, tak nak terkurang apa pun. xnak rugi. SO,apa kata kita ubah sikit, sikit je k.
"Tepuk dada, TANYA IMAN"
haaa, baru la kena dengan diri yang bergelar muslim. =)
seandainya iman boleh diukur, berapa agaknya iman kita kelmarin? macam mana pula dengan hari ini? bertambah atau berkurang? atau takda langsung. nauzubillahminzalik. harapnya, tidak la seperti itu. kerana iman sememangnya boleh bertambah dan berkurang, bergantung dengan apa yang dilakukan. jika maksiat menguasai diri, sudah tentu iman akan berkurang. dan begitu juga sebaliknya.
Selain itu, tambahan pula, malahan, =)
apa yang PERLU KITA SEDAR disini ialah IMAN TIDAK BOLEH DIWARISI. sekali lagi, IMAN TIDAK BOLEH DIWARISI. seorang ustaz tidak dapat mewasiatkan imannya kepada anak-anaknya..
boleh jadi anak ustaz la yang melakukan maksiat, boleh jadi anak seorang yang suka bermaksiat ialah orang yang bertakwa. kerana iman itu anugerah Allah, bila Allah nak bagi dengan seorang hambanya, tidak ada satu tangan pun di dunia ini yang boleh menghalang-Nya.. dan bila Allah tidak mahu memberinya, ingat lah wahai sahabat, tidak ada satu orang pun di dunia ini yang dapat membantu mu..
maka yang demikian, oleh itu, =)
jagalah iman masing-masing.. teringat pesan seorang hamba Allah :
'yang penting bagi kita ialah pengakhiran hidup' .
bagaimana pengakhiran kisah hidup kita? tepuk dada tanya iman.
bila kita berbuat kerana Allah, insyaallah akan ada pengakhiran yang baik.
Allah tidak akan menzalimi hamba-hambaNya, sesungguhnya kita lah yang menzalimi diri kita sendiri..
pesannya lagi => => ' walau di mana pun kita berada, di mana ada ilmu Allah, di sana lah kita akan berhenti untuk menimba ilmu.' =)
salam perjuangan buat teman-teman. sebarang kelemahan harap dimaafkan.
Sesungguhnya, Allah lah yang lebih mengetahui, kerana Dia yang memegang hati-hati kita. =)
semoga kita semua sentiasa dinaungi rahmatNya..=)
jangan risau dan gelisah,
apabila seluruh dunia membencimu..
kerana ada Allah,
yang sentiasa menyayangi mu..=)
tetapi risau dan gelisah lah,
apabila Allah membenci mu,
kerana tidak ada yang akan menyayangi mu
di akhirat kelak.
sama-sama kita perbaiki diri. =)
Sunday, 10 June 2012
POSITIVE OK.. =)
Dengan nama Allah
Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Manusia mana yang
tak pernah di uji?? Manusia mana yang tak pernah merasai dugaan dalam hidup?
Tepuk dada tanya diri..
Bila berbicara soal
ujian dan dugaan dari Yang Maha Esa.. Pasti ramai yang mengaku di dalam hatinya
bahawa dia pernah diuji..
Ujian Allah sama ada
besar atau kecil bergantung dengan penilaian seseorang, cara dia memandang dan
berfikir mengenainya.. Sesetengah orang merasakan apa yang dilalui oleh
seseorang itu hal yang kecil bahkan tidak penting sama sekali. Tapi sesetengah
yang lain berpendapat yang sebaliknya. Walau bagaimanapun, apa yang lebih
penting adalah orang yang merasainya.
Apabila seseorang
sedang diuji Allah, adalah penting baginya untuk berfikiran positif. Sentiasa bersangka baik
dalam semua keadaan. Pahit mana pun rasanya, harus ditelan dengan senyuman.
Ada sesetengah
perkara yang kita sangat menginginkannya, sangat-sangat menginginkan. Namun,
akhirnya tidak dapat kita peroleh. Mengapa? Kenapa? kerana perkara itu bukan
yang terbaik untuk kita. Allah SWT yang telah menciptakan manusia, sudah tentu
Dia lebih mengetahui apa yang TERBAIK buat hamba-Nya..
Sebagai contoh, kita
menginginkan sebuah rumah yang besar, mungkin juga villa. Kita berjaya
menemukan sebuah villa untuk dijual. Tapi disaat kita hendak membelinya, villa
tersebut sudah pun dibeli orang hanya BEBERAPA minit sebelum itu. Kita hanya
terlewat BEBERAPA minit. Lihatlah, jika Allah SWT tidak mahu sesuatu itu terjadi, sudah tentu
ia tidak akan terjadi. Mengapa agaknya Allah tidak ingin villa itu menjadi
milik kita?kerana, Mungkin bila kita
duduk di villa yang mewah itu, kita jadi
lupa pada diri kita, dan yang paling penting kita lupa pada PENCIPTA kita. Kita
alpa dibuai kemewahan hidup sehingga lupa dengan hakikat yang sebenarnya semua
kemewahan itu datangnya dari Allah SWT.
KITA LUPA DENGAN HAKIKAT HIDUP YANG SEBENAR. Kemewahan itu tidak dapat
menjanjikan ketakwaan. Kemewahan itu tidak dapat menjanjikan SYURGA lebih-lebih
lagi apabila kita salah menggunakannya. SYURGA ITU DILINGKARI DENGAN KESUSAHAN
DAN KEPAYAHAN DI DUNIA, AKAN TETAPI NERAKA ITU DILINGKARI DENGAN KESERONOKKAN
YANG BERPANJANGAN. Janganlah dek villa
sebiji, kita menyalahkan ketentuan Allah.
Hidup ini bukan lah menurut kemahuan kita semata-mata.
Ujian tanda kasih
dan sayang dari Allah, Dia tidak ingin kita terlalu dibuai kesenangan dunia
sehingga lupa dengan kehidupan akhirat.
Bila ujian melanda, tabahlah. Jangan rebah dengan mudah. Dan paling
penting , jangan menjauhi Allah SWT.
Hidup di dunia hanya sementara, kehidupan akhiratlah yang kekal abadi.
Kadang-kadang Allah
sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan juga kilat. Kita menangis dan
tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari? Rupa-rupanya Allah ingin
menhadiahkan kita pelangi.
ALLAH
Is
the reason why
Even
in pain, we smile ;
In
confusion, we understand ;
In
betrayal, we trust ;
And
in fear, we continue to fight. =)
Be positive ok. =)
Sunday, 13 May 2012
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
'Ketika Rasulullah berada di hadapan, ku pandangi pesonanya dari
kaki hingga hujung kepala. Tahukah kalian apa yang menjelma? CINTA!!' (Abu
Bakar As-Siddiq r.a)
Langkah kaki pemuda Quraisy tidak lagi terdengar samar. Tak terasa
tubuhnya bergetar hebat, betapa tidak, dari celah gua ia mampu melihat para
pemburu itu di atas kepalanya. Sesetengah berbisik berkatalah Abu Bakar, "Wahai Rasulullah, jika
mereka melihat ke kaki-kaki mereka, sesungguhnya mereka pasti melihat kita
berdua."
Rasulullah memandang Abu Bakar penuh makna. Ditepuknya sahabat
karibnya ini perlahan sambil berkata, "Janganlah engkau kira, kita hanya berdua. Sesungguhnya kita
bertiga, dan yang ketiga adalah Dia, yang menggenggam iaitu Yang Maha
Kuasa".
Sejenak ketenangan menyapa Abu
Bakar. Sama sekali dia tidak khuatir keselamatannya. Kematian baginya bukan
apa-apa, dia hanya lelaki biasa. Sedang untuk lelaki tampan yang kini dekat
disampingnya, keselamatan diatas mati dan hidupnya.
Bagaimana semesta jadinya tanpa
penerang? Bagaimana Madinah jika harus kehilangan purnama? Bagaimana dunia
tanpa cahaya penyampai wahyu?
Sungguh, Baginda tidak gentar
dengan tajam mata pedang para pemuda Quraisy, yang akan merobek tubuhnya serta
menumpahkan darahnya. Sungguh Baginda tidak bimbang, runcing anak panah yang
akan menghunjam setiap inci tubuhnya.
Baginda hanya takut Allah.
Muhammad, ya Muhammad...
Mereka berdua berhadapan dan
bersepakat untuk berjaga mengikut giliran. Keakraban mempesona itu bukanlah
suatu kebohongan. Abu Bakar memandang wajah syahdu di depannya dalam hening.
Setiap uratan di wajah indah itu dia perhatikan seksama. Aduhai betapa dia
mencintai putera Abdullah.
Kelelahan yang mendera setelah
perjalanan jauh, seketika seperti ditelan kegelapan gua. Wajah didepannya yang
saat itu berada nyata, meleburkan penat yang dirasai. Hanya pada satu nama yang
tersemat didalam dadanya, CINTA!
Kemudian Nabi Muhammad SAW
melabuhkan kepalanya di pangkuan Abu Bakar seperti anak kecil, Abu Bakar
berenang dalam samudera kegembiraan yang sempurna. Tidak sama yang dapat
mempesonakan selama dia hidup kecuali saat kepala Nabi yang 'Ummi' berbantalkan
kedua pahanya.
Mata Rasulullah terpejam. Dengan berhati-hati seperti seorang ibu,
telapak tangan Abu Bakar mengusap peluh di kening Rasulullah SAW. Masih dalam
senyap, Abu Bakar terus terpesona dengan susuk cinta yang sedang beristirehat
dipangkuannya. Sebuah rasa mengalun dalam hatinya "Allah, betapa ingin hamba
menikmati ini selamanya".
Nafas harum itu terhembus satu
persatu yang menyapa di wajah Abu Bakar. Abu Bakar tersenyum sepenuh kalbu. Dia
menatapnya lagi, tak bosan. Seketika wajahnya muram, dia teringat perlakuan
orang-orang Quraisy yang memburu purnama Madinah seperti memburu haiwan buruan.
Bagaimana mungkin mereka begitu
keji mengganggu cucu Abdul Mutalib, yang begitu jujur dan amanah. Mendung di
wajah Abu Bakar belum juga surut. Sebuah kuntum keazaman memekar di dasar
hatinya, begitu semerbak.
Selama hayat berada dalam raga, aku Abu Bakar, akan selalu berada
disampingmu untuk membelamu dan tak akan membiarkan sesiapa pun mengganggumu.
Kesunyian tetap terasa. Gua itu
begitu dingin. Abu Bakar menyandarkan tubuhnya didinding gua. Rasulullah SAW,
masih tetap dalam lenanya.
Tiba-tiba sahaja, seekor ular
mendesis-desis perlahan mendatangi kaki Abu Bakar yang terlentang. Abu Bakar
melihatnya penuh waspada, ingin sekali dia menarik kedua kakinya untuk menjauhi
dari binatang yang berbisa ini.
Namun, keinginan itu diendahkan
dari benaknya, tak ingin dia mengganggu tidur lena Rasulullah SAW. Bagaimana
mungkin, dia tidak membangunkan kekasihnya itu. Abu Bakar menahan sakit, ketika
itu ular mematuk pergelangan kakinya, tapak kakinya dibiarkan sahaja tidak
bergerak sedikit pun. Ular itu meninggalkan mereka setelah beberapa seketika.
Dalam keheningan, sekujur
tubuhnya terasa panas. Bias ular menjalar ke seluruh tubuhnya. Abu Bakar
menangis dalam diam. Rasa sakit itu tidak dapat ditahan lagi.
Tanpa sengaja, air matanya
menitis mengenai pipi Rasulullah SAW yang tengah berbaring. Abu Bakar
menghentikan tangisannya, kekhuatiran terbukti, Rasulullah SAW terjaga dan
menatapnya penuh dengan rasa ingin tahu.
"Wahai hamba Allah, apakah engkau menangis kerana menyesal
mengikuti perjalanan ini?" suara
Rasulullah memenuhi ruang gua.
"Tentu saja tidak, saya redha dan ikhlas mengikutimu kemana jua," kata Abu Bakar yang masih dalam kesaakitan.
"Jadi mengapakah engkau menggugurkan air matamu?"
"Seekor ular baru sahaja mematukku, wahai putera Abdullah,
dan bisanya menjalar begitu cepat."
Rasulullah menatap Abu Bakar dengan penuh kehairanan, tidak berapa
lama bibir manisnya bergerak, "Mengapa
engkau tidak menghindarinya?"
"Aku bimbang mengejutkan engkau dari lenamu," jawab
Abu Bakar sendu.
Sebenarnya dia kini menyesal
kerana tidak dapat menahan air matanya jatuh mengenai pipi Rasulullah SAW dan membuatnya
terjaga. Saat itu air mata bukan milik Abu Bakar sahaja. Selanjutnya mata
al-mustafa berkabut dan bening air mata tergenang dipelupuknya.
Betapa indah sebuah ukhuwah.
"Sungguh bahagia, aku memiliki seorang sepertimu wahai putera
Abu Quhafah. Sesungguh Allah sebaik-baik pemberi balasan".
Tanpa menunggu waktu, dengan
penuh kasih sayang, al-mustafa memengang pergelangan kakinya yang dipatuk ular.
Dengan menggunakan nama Allah Pencipta semesta alam, Nabi mengusap bekas
patukan ular itu dengan air liurnya.
Maha suci Allah, sketika rasa
sakit itu tiada lagi. Abu Bakar segera menarik kakinya kerana malu. Nabi masih
memandangnya dengan rasa penuh kasih sayang.
"Bagaimana mungkin, mereka iaitu para kafir sanggup menyakiti
manusia indah sepertimu. Bagaimana mungkin?" kata Abu Bakar.
Gua Thur kembali ditelan
kegelapan malam. Kini giliran Abu Bakar beristirehat dan Rasulullah SAW pula
berjaga. Abu Bakar menggelengkan kepala ketika Rasulullah menawarkan pangkuan
Baginda.
"Tak ku rela diriku membebani pangkuan penuh abbarakah
itu."
Kita pasti tahu siapa Abu
Bakar. Beliau adalah lelaki pertama yang memeluk Islam dan juga salah seorang
sahabat yang paling dekat dengan Rasulullah. Dari kembara sejarah, kita kenang
cinta Abu Bakar terhadap Al-Mustafa.
Abu Bakar wafat pada usia 63 tahun, pada saat peperangan atas
bangsa Romawi di Yarmuk. Jenazahnya dikebumikan disebelah manusia yang paling
dicintainya, iaitu Makan Rasulullah SAW. Dia
mencintai Nabinya melebihi diri sendiri.
Tidakkah itu mempersonakan?
- Artikel iluvislam.com
Tuesday, 8 May 2012
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Apa yang lebih sesuai bagi seorang manusia hanya Allah yang lebih Mengetahui.. terkadang niat yang murni boleh bertukar menjadi keji..macam mana ble jadi macam tu? SEBAB.. hati kita telah dipagari dengan barisan syaitan dan iblis.. makhluk-makhluk ini tidak HENTI-HENTI membisikkan kemungkaran ke telinga..
Niatkan di dalam hati untuk memperoleh kebahagian di dunia bahkan di akhirat juga.. Kita merancang, Allah juga merancang, tetapi sebaik-baik perancangan datangnya dari Allah SWT.
Sesungguhnya.. hamba yang redha dengan ketetapan dari Allah SWT itu begitu tinggi kedudukannya di sisiNya (bersyukur). Allah mungkin tidak mengurniakan kebahagiaan buat kita di dunia, tapi yakinlah Allah pasti sudah menyediakan kebahagiaan buat kita di akhirat kelak..=) Nilai kebahagiaan yang mana lebih besar dan bermakna?? renungkan sejenak ya..
Berdoalah kepada Allah selalu.. kerana Allah sentiasa mendengar doa hamba-hambaNya.. LAH TAHZAN.. Allah bersama kita .. =)
salam perjuangan~
Subscribe to:
Posts (Atom)