Followers

Thursday, 14 June 2012

TANYA IMAN MU.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

jom speaking sikit, =), sikit je ye.=)
alarm clocks,
are only a means, 
what really
wakes you up
for SOLAT SUBUH
is your IMAN!

semoga perkongsian kali ini bermanfaat buat diri ini dan yang membaca.

Alhamdulillah.. perjalanan yang ditempuh demi mencari keredhaan-Nya tidak akan pernah ada perkataan KECEWA.. sebaliknya kebahagian datang bertandang sebelum, semasa dan selepas perjalanan.. sepanjang perjalanan ke ranau, tiada yang lebih membahagiakan selain melihat KEBESARAN CIPTAAN-NYA.. Subhanallah.. segala puji hanya bagi Allah..=)

iman, iman, iman, kali ni bukan nak cakap pasal iman kat sebelah rumah, atau kawan sekelas, atau sesiapa pun yang bernama iman. tapi ingin berbicara soal NIKMAT IMAN yang dianugerahkan olah Allah.. 

rata-rata orang apabila ditanya, tentang sesuatu. mereka menjawab, tepuk dada tanya selera. hmm. masalahnya, apabila kita tepuk dada tanya selera, semua benda pun nak bedal. semua benda pun nak buat, tak nak terkurang apa pun. xnak rugi. SO,apa kata kita ubah sikit, sikit je k. 

"Tepuk dada, TANYA IMAN"

haaa, baru la kena dengan diri yang bergelar muslim. =) 

seandainya iman boleh diukur, berapa agaknya iman kita kelmarin? macam mana pula dengan hari ini? bertambah atau berkurang? atau takda langsung. nauzubillahminzalik. harapnya, tidak la seperti itu. kerana iman sememangnya boleh bertambah dan berkurang, bergantung dengan apa yang dilakukan. jika maksiat menguasai diri, sudah tentu iman akan berkurang. dan begitu juga sebaliknya.  

Selain itu, tambahan pula, malahan, =) 
apa yang PERLU KITA SEDAR disini ialah IMAN TIDAK BOLEH DIWARISI. sekali lagi, IMAN TIDAK BOLEH DIWARISI. seorang ustaz tidak dapat mewasiatkan imannya kepada anak-anaknya..
boleh jadi anak ustaz la yang melakukan maksiat, boleh jadi anak seorang yang suka bermaksiat ialah orang yang bertakwa. kerana iman itu anugerah Allah, bila Allah nak bagi dengan seorang hambanya, tidak ada satu tangan pun di dunia ini yang boleh menghalang-Nya.. dan bila Allah tidak mahu memberinya, ingat lah wahai sahabat, tidak ada satu orang pun di dunia ini yang dapat membantu mu..

maka yang demikian, oleh itu, =)
jagalah iman masing-masing.. teringat pesan seorang hamba Allah :
 'yang penting bagi kita ialah pengakhiran hidup' . 
bagaimana pengakhiran kisah hidup kita? tepuk dada tanya iman.
bila kita berbuat kerana Allah, insyaallah akan ada pengakhiran yang baik.
Allah tidak akan menzalimi hamba-hambaNya, sesungguhnya kita lah yang menzalimi diri kita sendiri..

pesannya lagi => => ' walau di mana pun kita berada, di mana ada ilmu Allah, di sana lah kita akan berhenti untuk menimba ilmu.' =)

salam perjuangan buat teman-teman. sebarang kelemahan harap dimaafkan. 
Sesungguhnya, Allah lah yang lebih mengetahui, kerana Dia yang memegang hati-hati kita. =)
semoga kita semua sentiasa dinaungi rahmatNya..=)

jangan risau dan gelisah,
apabila seluruh dunia membencimu..
kerana ada Allah,
yang sentiasa menyayangi mu..=)
tetapi risau dan gelisah lah,
apabila Allah membenci mu,
kerana tidak ada yang akan menyayangi mu
di akhirat kelak.

sama-sama kita perbaiki diri. =)

Sunday, 10 June 2012

POSITIVE OK.. =)


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Manusia mana yang tak pernah di uji?? Manusia mana yang tak pernah merasai dugaan dalam hidup? Tepuk dada tanya diri..

Bila berbicara soal ujian dan dugaan dari Yang Maha Esa.. Pasti ramai yang mengaku di dalam hatinya bahawa dia pernah diuji..

Ujian Allah sama ada besar atau kecil bergantung dengan penilaian seseorang, cara dia memandang dan berfikir mengenainya.. Sesetengah orang merasakan apa yang dilalui oleh seseorang itu hal yang kecil bahkan tidak penting sama sekali. Tapi sesetengah yang lain berpendapat yang sebaliknya. Walau bagaimanapun, apa yang lebih penting adalah orang yang merasainya.

Apabila seseorang sedang diuji Allah, adalah penting baginya untuk  berfikiran positif. Sentiasa bersangka baik dalam semua keadaan. Pahit mana pun rasanya, harus ditelan dengan senyuman.

Ada sesetengah perkara yang kita sangat menginginkannya, sangat-sangat menginginkan. Namun, akhirnya tidak dapat kita peroleh. Mengapa? Kenapa? kerana perkara itu bukan yang terbaik untuk kita. Allah SWT yang telah menciptakan manusia, sudah tentu Dia lebih mengetahui apa yang TERBAIK buat hamba-Nya..

Sebagai contoh, kita menginginkan sebuah rumah yang besar, mungkin juga villa. Kita berjaya menemukan sebuah villa untuk dijual. Tapi disaat kita hendak membelinya, villa tersebut sudah pun dibeli orang hanya BEBERAPA minit sebelum itu. Kita hanya terlewat BEBERAPA minit. Lihatlah, jika Allah SWT  tidak mahu sesuatu itu terjadi, sudah tentu ia tidak akan terjadi. Mengapa agaknya Allah tidak ingin villa itu menjadi milik kita?kerana,  Mungkin bila kita duduk di villa yang  mewah itu, kita jadi lupa pada diri kita, dan yang paling penting kita lupa pada PENCIPTA kita. Kita alpa dibuai kemewahan hidup sehingga lupa dengan hakikat yang sebenarnya semua kemewahan itu datangnya dari Allah SWT.  KITA LUPA DENGAN HAKIKAT HIDUP YANG SEBENAR. Kemewahan itu tidak dapat menjanjikan ketakwaan. Kemewahan itu tidak dapat menjanjikan SYURGA lebih-lebih lagi apabila kita salah menggunakannya. SYURGA ITU DILINGKARI DENGAN KESUSAHAN DAN KEPAYAHAN DI DUNIA, AKAN TETAPI NERAKA ITU DILINGKARI DENGAN KESERONOKKAN YANG BERPANJANGAN.  Janganlah dek villa sebiji, kita menyalahkan ketentuan Allah.  Hidup ini bukan lah menurut kemahuan kita semata-mata.

Ujian tanda kasih dan sayang dari Allah, Dia tidak ingin kita terlalu dibuai kesenangan dunia sehingga lupa dengan kehidupan akhirat.  Bila ujian melanda, tabahlah. Jangan rebah dengan mudah. Dan paling penting , jangan menjauhi Allah SWT.  Hidup di dunia hanya sementara, kehidupan akhiratlah yang kekal abadi.

Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan juga kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari? Rupa-rupanya Allah ingin menhadiahkan kita pelangi.

ALLAH
Is the reason why
Even in pain, we smile ;
In confusion, we understand ;
In betrayal, we trust ;
And in fear, we continue to fight. =)
Be positive ok. =)