Daripada Abu Hurairah r.a., beliau mendengar Rasulullah SAW menceritakan apa yang diceritakan oleh Tuhannya..
Allah SWT berfirman : "seorang hamba telah melakukan suatu dosa. selepas itu dia berkata, "Ya Allah, Ya Tuhan ku! Ampunkanlah dosa ku. "
Allah SWT berfirman : "HambaKu telah melakukan suatu dosa dan dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang boleh mengampunkan dosa serta boleh menghukumnya atas dosa yang dilakukan."
Kemudian,,dia mengulangi dosa itu lagi. Dia berkata : "Wahai Tuhanku! Ampunkanlah dosaku."
Maka, Tuhannya berkata : HambaKu telah melakukan dosa dan dia tahu bahawa dia punya Tuhan yang boleh mengampunkan dosa serta menghukumnya atas dosa yang dilakukannya."
Setelah itu, dia mengulangi lagi perbuatan itu. Lantas dia berkata, "Wahai Tuhanku! Ampunkanlah dosaku."
Firman Allah SWT lagi, : "HambaKu telah melakukan dosa dan dia tahu bahawa ada Tuhan yang boleh mengampunkan dosa serta menghukumnya atas dosa yang dilakukan. Buatlah apa yang kamu suka. Sesungguhnya Aku telah mengampunkan dosamu. "
(sahih muslim)
~ percayalah sahabat.. Allah Maha Pengampun.. lagi Maha Penyayang akan hamba-hambaNya.. =)
ikhlaskan niat hanya keranaNya..
-betulkan jika ana salah, syukran =)-
No comments:
Post a Comment